Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah mengadakan Public Speaking Competition Peringkat UiTMCT pada 23 Oktober 2023, Isnin, bersempena Karnival Perpustakaan v2.0. Penyertaan yang terbuka kepada pelajar UiTMCT ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sembilan orang pelajar dari pelbagai fakulti, iaitu:-
- Muhammad Amer Hafiz Bin Yazman Hafith (BA114)
- Ayesha Fariah Binti Azis (BA114)
- Nursyuhaida Binti Othman (HM242)
- Nurul Suhaiela Binti Ya’akob (BA244)
- Danisya Wadhihah Binti Shaifulnizam (BA244)
- Sharifah Nur Afiqah Binti Syed Zainal (BA244)
- Nur Amanda Airish Bt Mohd Lazim (BA114)
- Norashazmieza Binti Ayob (BA244)
- Hasif Fitri Bin Hasbullah (HTM115)
Bertempat di Sudut AZKA@Library Community Engagement, peraduan ini telah berlangsung bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.00 petang. Setiap peserta perlu membuat pengucapan awam untuk dua sesi iaitu Prepared Speech dan Impromptu Speech, dan diadili oleh tiga orang juri jemputan yang terdiri daripada Pensyarah UiTM Cawangan Terengganu.
Juri jemputan Public Speaking Competition Peringkat UiTMCT, ialah:
- Puan Roszainora Dato’ Hj. Mohd Setia, Akademi Pengajian Bahasa & Undang-undang
- En. Abd Razak Hj. Abu Kassim, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
- Puan Nur Dalila Adenan, Fakulti Pengurusan Perniagaan
Sepanjang peraduan ini berlangsung, para peserta telah menyampaikan pengucapan awam yang sangat menarik dan penuh bersemangat. Peraduan pengucapan awam seumpama ini dilihat sebagai satu inisiatif yang baik bagi melatih bakal pemimpin masa depan yang berkebolehan berhujah secara kritis dan kreatif, yakin diri, minat membaca, berketrampilan diri serta beretika dan berdisplin.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. Hadiah telah disampaikan oleh En. Shahrol Nizam bin Johol, Timbalan Ketua Pustakawan. Semoga peraduan seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang bagi mencungkil bakat para pelajar UiTMCT.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.