Program Bedah Buku bersama YBhg. Prof. Dr. Azman Che Mat, Pensyarah Kanan UiTMCT

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) sentiasa komited menggiatkan usaha galakan membaca di kalangan warga kampus. Terkini telah diadakan Program Bedah Buku bersama YBhg. Prof. Dr. Azman Che Mat, Pensyarah Kanan UiTMCT, pada 24 Oktober 2023, Selasa yang lalu, bagi mengupas sebuah buku bertajuk Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan, tulisan Zaini Ujang.

Program yang diadakan bersempena Karnival Perpustakaan v2.0 UiTMCT yang berlangsung pada 23 hingga 24 Oktober 2023, telah dikendalikan oleh Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan, sebagai moderator program. Ianya diadakan secara bersemuka selama satu jam di Sudut AZKA@Library Community Engagement dan telah berjaya menarik perhatian lebih 60 orang peserta UiTMCT dan komuniti yang turut berkunjung ke program Karnival Perpustakaan v2.0 yang diadakan.

Semoga program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang bagi menarik minat membaca di kalangan warga kampus dan komuniti.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.

Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply