Kunjungan Hormat & Perbincangan Sumbangan Koleksi Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham

5 Disember 2025 | Jeram, Kuala Selangor
Satu kunjungan hormat ke Perpustakaan Mini Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham telah berlangsung pada 5 Disember 2025 di Jeram, Kuala Selangor. Kunjungan ini bertujuan membincangkan sumbangan serta pembangunan koleksi perundangan milik tokoh tersebut untuk ditempatkan di PTAR Undang-Undang UiTM Shah Alam.

Kunjungan hormat ini disertai oleh Ketua Perpustakaan PTAR Undang-Undang (PTUU), Puan Masnida Hanim binti Che Mahmood; Pembantu Pustakawan PTUU, Encik Remie bin Salleh Udin; Pengarah Bahagian Sumber Rujukan Universiti (BSRU), Dr. Hajah Adlina binti Abdullah; serta Pustakawan BSRU, Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman.

Perbincangan yang berlangsung turut membincangkan strategi pembinaan koleksi ilmiah, potensi perkongsian ilmu, serta usaha memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak PTAR dan Datuk Dr. Prasad sebagai tokoh perundangan negara.

Inisiatif ini merupakan langkah awal ke arah pemantapan sumber rujukan perundangan di UiTM, selain memperluas akses ilmu undang-undang kepada warga akademik dan penyelidik pada masa hadapan.

Latar Belakang Datuk Dr. Prasad Sandosham Abraham:
Datuk Dr. Prasad merupakan tokoh yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan dan kehakiman. Beliau telah menyertai The Honourable Society of Middle Temple pada tahun 1975 sebelum memulakan kerjaya sebagai anggota badan kehakiman negara. Beliau pernah berkhidmat sebagai:

  • Hakim Mahkamah Tinggi Malaya (2011)
  • Hakim Mahkamah Rayuan (2014)
  • Hakim Mahkamah Persekutuan (2017–2018)

Selain itu, beliau turut menyumbang kepakaran sebagai pensyarah sambilan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kunjungan ini membuka peluang kerjasama berkaitan penyumbangan koleksi bernilai tinggi yang dapat memperkaya sumber rujukan perundangan di UiTM, sekaligus memperkukuh jaringan profesional dengan tokoh perundangan negara.

Masnida Hanim Che Mahmood PTAR Shah Alam

Leave a Reply