Program Lestari@PTAR : Sustainable Development And National Security

KOTA SAMARAHAN, 31 OKTOBER 2023 – Program Lestari@PTAR bagi bulan Oktober telah dijalankan secara fizikal bertempat di Ruang Legar Aras Atas PTAR Kampus Samarahan 2. Program Lestari@PTAR Bulan Oktober yang bertajuk Sustainable Development And National Security telah disampaikan oleh Puan Nur Afisha Yusuf, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Sarawak.

Program Lestari@PTAR merupakan sebuah program bulanan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2023 oleh PTAR UiTM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Pelestarian Kampus UiTM Cawangan Sarawak. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosi Sustainable Development Goals (SDGs), Agenda 2030 kepada semua warga UiTM Cawangan Sarawak.

Program Lestari@PTAR bagi bulan Oktober ini telah dikendalikan oleh Puan Fazyiema Fazari, Pembantu Pustakawan Kanan dan Encik Yusuf Melian Pembatu Pustakawan, PTAR TAR UiTM Cawangan Sarawak.

Semoga maklumat yang dikongsikan memberi manfaat kepada warga UiTM Cawangan Sarawak.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply