Collaborative Teaching: (FYP) : Mendeley

Pada 26 Oktober 2023 (Khamis), Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu telah melaksanakan Collaborative Teaching bersama Final Year Project (FYP) Student mengenai Mendeley bermula 2.30 petang sehingga 4.30 petang yang dilaksanakan secara atas talian menggunakan Microsoft Team. Program ini dikendalikan oleh Ts Dr Rajeswari dan Cik Nurmaisari Che Anuar sebagai penceramah.

Seramai 57 orang pelajar semester akhir dan seorang pensyarah telah menyertai Collaborative Teaching. Program ini merupakan inisiatif pensyarah untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk menyusun sumber rujukan yang telah digunakan untuk penyediaan tesis. Ia juga menerangkan beberapa teknik atau cara yang mudah kepada pelajar bagi mengumpulkan semua bahan rujukan dan dimasukkan ke Reference Manager Software iaitu Mendeley.

Selain itu, penerangan ringkas turut disampaikan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan dan beberapa pautan lain untuk mencari pencarian buku di perpustakaan seperti Online Public Access Catalog (OPAC).

Semoga program ini dapat diteruskan untuk memberi pendedahan mengenai perkhidmatan perpustakaan selaras dengan keperluan warga kampus. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Avatar photo
Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply