Program Library Outreach: Expresso Yourself Bersama Wakil Persatuan Fakulti-Fakulti UiTM Cawangan Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 26 OKTOBER 2023- Program Library Outreach : Expresso Yourself Bersama Wakil Persatuan Fakulti-Fakulti UiTM Cawangan Sarawak telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan MPP UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 jam 9.30 pagi. Program anjuran PTAR UiTM Cawangan Sarawak ini telah dihadiri oleh seramai 37 orang Wakil Persatuan Fakulti-Fakulti UiTM Cawangan Sarawak.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Khairil Bahrom Rosli, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Terima kasih diucapkan kepada Wakil Persatuan Fakulti-Fakulti UiTM Cawangan Sarawak atas kesudian meluangkan masa bersama Pengurusan PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Semoga jalinan kerjasama ini akan berkekalan dan memberi kebaikan kepada semua pihak.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply