Program Library Outreach: Coffee Talk Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 27 OKTOBER 2023- Program Library Outreach: Coffee Talk Bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Sarawak telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan MPP UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 jam 2.30 petang. Tujuan library outreach ini diadakab adalah bagi berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PTAR serta mendapat maklumbalas daripada pengguna bagi tujuan penambahbaikkan perkhidmatan PTAR.

Program anjuran PTAR UiTM Cawangan Sarawak ini telah dihadiri oleh seramai lima (5) orang Barisan Majlis Tertinggi MPP. Taklimat telah disampaikan oleh En. Khairil Bahrom Rosli, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Terima kasih diucapkan kepada MPP UiTM Cawangan Sarawak atas kesudian meluangkan masa bersama Pengurusan PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Semoga jalinan kerjasama ini akan berkekalan dan memberi kebaikan kepada semua pihak.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply