ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ„π„π“ & 𝐆𝐑𝐄𝐄𝐓 ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ„ππ”π‹πˆπ’

11 OKTOBER 2023 : Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah mengadakan Program Meet & Greet Bersama Penulis yang bertempat di ruang Library Community Engagement. Program ini bersama dengan Dr. Lim Seng Boon, penulis buku yang bertajuk β€œππ€ππƒπ€π‘ ππˆππ“π€π‘ π”ππˆππ”πˆπ“πŽπ”π’ (𝐔-π‚πˆπ“π˜): πŠπŽππ’π„π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‹π€πŠπ’π€ππ€π€π ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 πŒπ€π’π€ 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍, 𝐃𝐀𝐍 ππ”πŠπ” ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 ππˆππ“π€π‘ ππ„π‘ππ”π’π€π“πŠπ€π π‘π€πŠπ˜π€π“ πƒπˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€β€.

Jemputan khas, pengulas buku iaitu Prof. Madya Gs. Dr. Mohd Fadzil Abdul Rashid (Jabatan Alam Bina Dan Teknologi UiTM Cawangan Perak), dan Ts. Dr. Noor Aimran Samsudin (Fakulti Alam Bina & Ukur Universiti Teknologi Malaysia) yang turut serta bersama dalam program ini bagi membicarakan serta mengulas intipati kandungan buku tersebut secara terperinci. Encik Muhamad Azim bin A’nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak selaku moderator serta pengendali perbincangan diantara para panel pengulas buku dan penonton sepanjang program ini berlangsung.

Program ini bertujuan memahami, membincangkan, berkongsi kandungan buku serta memberi ulasan kandungan buku bersama warga UiTM Cawangan Perak yang hadir. Program ini merupakan KPI Program Read@UiTM di bawah PTAR UiTM Cawangan Perak dan salah satu usaha menggalakkan budaya membaca dalam kalangan warga kampus disamping mempromosikan penulisan bahan ilmiah para akademik.

Disediakan oleh: Muhamad Azim bin A’nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Avatar photo
Muhamad Azim 'Ansori PTAR Seri Iskandar Perak

Leave a Reply