Lawatan Penandaarasan ke Siti Hasmah Digital Library, Multimedia University (MMU)

5 Oktober 2023 – Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Graha Jaya yang dianggotai oleh staf-staf pelbagai unit dan bahagian dari UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Siti Hasmah Digital Library, Multimedia University (MMU) di Bukit Beruang, Melaka.

Lawatan ini bertujuan mempelajari pengurusan dan pembangunan bilik 24 jam atau dikenali sebagai Learning Point di MMU. Hasil lawatan ini membolehkan Kumpulan Graha Jaya membuat perbandingan antara bilik-bilik 24 Jam di pelbagai universiti untuk memperbaiki kemudahan bilik 24 jam di UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Kumpulan Graha Jaya menjadikan bilik 24 jam di UiTM Kampus Bandaraya Melaka sebagai produk inovatif untuk dipertandingkan di Konvensyen KIK. Lawatan ini diteruskan dengan perbincangan dan lawatan sekitar perpustakaan serta diakhiri dengan sesi bertukar cenderamata dan bergambar.

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply