PROGRAM ‘BRISK WALK: KEMERIAHAN ETNIK BERSEMPENA HARI MALAYSIA’

15 September 2023, Jumaat – PTAR dengan Kerjasama Pejabat Bendahari dan Unit Pengurusan Kolej Non-Residen UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan program Briskwalk & Zumba Kampus Jasin bertemakan Kemeriahan Etnik sempena dengan menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2023.

Antara agenda program pada hari tersebut ialah tarian zumba dengan bertemakan lagu patriotik, briskwalk sekitar Kampus Jasin, pertandingan teka silang kata Hari Malaysia, Sambungkan Lirik Lagu Patriotik dan menyelesaikan susunan gambar makanan mengikut etnik di Malaysia.

Diakhir program ini, hadiah telah disampaikan oleh Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, En Ahmad Khairuman bin Mad Hasim kepada pemenang-pemenang yang bertuah.

Follow & Like Us:

PTAR UiTM Cawangan Melaka

https://linktr.ee/ptaruitmmelaka

Hadiah telah disampaikan oleh En. Ahmad Khairuman bin Md Hasim, Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Tahniah kepada semua peserta.

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Avatar photo
Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply