Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) telah menjalankan Program rutin bulanan iaitu Mobile Library pada 11 Setember 2023 (Isnin) dan pilihan lokasi pada kali ini adalah di Pusat Sukan UiTM. Berlangsung selama 2 jam, bertempat di Bilik Mesyuarat. Program ini telah dihadiri seramai 10 orang staf pusat sukan sahaja kerana kebanyakan staf terlibat dengan sukan antara Universiti yang turut diadakan sempena cuti semester.

Pameran Mobile Library  yang bermula jam 2:30 petang sehingga jam 4:30 petang menyasarkan jumlah pinjaman bahan bacaan dari PTAR bagi menyokong Hasrat kerajaan melalui Dekad Membaca Kebangsaan. Antara pengisian pogram adalah promosi buku-buku terkini (New Arival) dari perpustakaan PKEJ (Genre: Novel/ Motivasi/ Agama/ Bisnes/ Teknologi/ dll), promosi perkhidmatan MobileApps PTAR selain didalankan aktiviti Kuiz berkaitan perpustakaan.

Selain pameran buku, Program Mobile Library turut menawarkan bimbingan akses perkhidmatan perpustakaan digital disamping perkhidmatan semakan status pengguna, penghantaran buku dan tempahan buku. Sambutan yang baik telah diterima oleh petugas Mobile Library dan 18 pinjaman telah Berjaya direkodkan sepanjang tempoh program berlangsung.

Aktiviti sebegini diharapkan dapat menarik minat  warga UiTM untuk mengunjungi perpustakaan dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Avatar photo
Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply