Resensi Buku Bersama Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak

26 September 2023, Selasa – Unit Kaunseling dan Kerjaya dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak telah menganjurkan Resensi Buku Bersama Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak. Program dijalankan secara bersemuka bertempat di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah, dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, dikendalikan oleh dua orang Pelajar Latihan Industri (PLI), Saudari Yusra Madhihah Shamsudin dan Saudara Muhammad Faiz Arief Jamaluddin. Seramai 31 orang pelajar dan 4 orang guru bersama 2 orang pengiring dari Unit Kaunseling dan Kerjaya, UiTM Cawangan Melaka telah terlibat.

Program dimulakan dengan ucapan aluan dari Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka dan diikuti dengan Taklimat Selangkah ke UiTM yang disampaikan oleh Encik Mohd Bakri Husain, Pegawai Psikologi Kanan, UiTM Cawangan Melaka. Program diteruskan dengan Sesi Resensi Buku melibatkan dua orang peserta daripada Pelajar Latihan Industri dan dua orang peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak.

Berikut adalah peserta bagi Resensi Buku bersama tajuk buku yang diulas:

Nama: Saudari Aisyah Nadhirah Anuar, Pelajar Latihan Industri

Tajuk Buku: Atomic Habits 

Nama: Saudari Yasmin Hanani Abdul Rashid, Pelajar Latihan Industri,

Tajuk Buku: Sunnah Rasulullah Makanan Penawar Menakjubkan

Nama: Saudara Muhammad Adam Farid bin Muhammad Jah, Pelajar SMK Kem Terendak

Tajuk Buku: Si Tanggang Anak Derhaka

Nama: Nur Dayana Adlina Daddy, Pelajar SMK Kem Terendak

Tajuk buku: Mahsuri

Program diteruskan dengan Library Tour yang diiringi oleh staf PTAR melawat sekitar perpustakaan seperti Kaunter Utama PTAR, Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan, Aras 1, Unit Perpustakaan Digital, Ruang SAC dan Unit Arkib. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana sudi mengadakan program bersama PTAR dan terima kasih diatas kesudian pengajar bersama pelajar membuat lawatan ke PTAR UiTM Cawangan Melaka. Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memenuhi objektif yang telah dijadualkan serta memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat dalam perpustakaan UiTM di peringkat luar dan lebih tinggi.

Ketibaan para tetamu ke PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

Ucapan alu-aluan oleh Puan Maznah Maarof, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Taklimat Selangkah ke UiTM yang disampaikan oleh Encik Mohd Bakri Husain, Pegawai Psikologi Kanan, UiTM Cawangan Melaka

Program Resensi Buku sedang dijalankan bersama dua orang peserta daripada Pelajar Latihan Industri dan dua orang peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kem Terendak.

Library Tour yang diiringi oleh staf PTAR melawat sekitar perpustakaan seperti Kaunter Utama PTAR, Unit Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan, Aras 1, Unit Digital, Ruang SAC dan Unit Arkib.

Sekitar kemeriahan program Resensi Buku

Ditulis oleh : Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan. PTAR Kampus Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply