Taklimat Perpustakaan Dan Library Tour Pelajar Baharu Dalam Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi Oktober 2023 – Mac 2024 UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 25 SEPTEMBER 2023- Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Cawangan Sarawak untuk pelajar baharu sesi Oktober 2023-Mac 2024 telah berlangsung serentak pada 24 hingga 29 September 2023 di UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan, Kampus Samarahan 2 dan Kampus Mukah.

Slot Taklimat Perpustakaan bagi MDS UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan telah dijadualkan pada 25 September 2023 bertempat di PTAR Kampus Samarahan. Taklimat ringkas dan ‘library tour’ telah disampaikan dan melibatkan semua staf PTAR Kampus Samarahan.

Sesi ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PTAR UiTM Cawangan Sarawak dan memberi penerangan secara ringkas berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.

Semoga perkongsian yang telah disampaikan ini dapat membantu para pelajar baharu bagi sesi Oktober 2023 – Mac 2024 menyesuaikan diri di kampus dan sentiasa mengunjungi perpustakaan pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi baharu yang berjaya ditawarkan ke UiTM Cawangan Sarawak. Semoga perjalanan menuntut ilmu para pelajar dipermudahkan dan diberkati.

“MENCORAK TRANSFORMASI ERA DIGITALISASI”

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply