Program Lestari@PTAR Bulan Ogos : Unleashing SDG’s Potential Through Libraries

KOTA SAMARAHAN, 31 OGOS 2023 – Program Lestari@PTAR bagi bulan Ogos telah dijalankan dan diterbitkan melalui Youtube Channel Rasmi PTAR UiTM Cawangan Sarawak iaitu PTAR Production. Program Lestari@PTAR Bulan Ogos yang bertajuk Unleashing SDG’s Potential Through Libraries telah disampaikan oleh Puan Nur Afeqah Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Program Lestari@PTAR merupakan sebuah program bulanan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2023 oleh PTAR UiTM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Pelestarian Kampus UiTM Cawangan Sarawak. Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk mempromosi Sustainable Development Goals (SDGs), Agenda 2030 kepada semua warga UiTM Cawangan Sarawak.

Program Lestari@PTAR bagi bulan Ogos ini telah dikendalikan oleh Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak iaitu Puan Norhayati Ramin dan Puan Zuraida Abdul Karim dibantu oleh Bahagian Perpustakaan Digital PTAR UiTM Cawangan Sarawak serta pelajar latihan industri iaitu Saudari Safiah Safiee dan Saudari Dayang Nurin Athirah Awang Jellih.

Program ini boleh ditonton melalui pautan dibawah.

Semoga maklumat yang dikongsikan memberi manfaat kepada warga UiTM Cawangan Sarawak.

https://www.youtube.com/watch?v=yjRIBKWQ33M

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply