Bengkel Asas Penulisan Kreatif

Pada 18 Ogos 2023, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP), Kampus Permatang Pauh telah menganjurkan Bengkel Asas Penulisan Kreatif bertempat di ruang “Library Community Engagement” (LCE). Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Liza Suhana Ramli, yang merupakan penulis buku di bawah naungan rumah penerbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan Bonda Nor Sdn. Bhd.

Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran UiTMCPP telah mengikuti bengkel yang berlangsung selama setengah hari ini. Antara objektif penganjuran bengkel ini ialah untuk mencungkil bakat baharu penulis novel/cerpen dalam kalangan warga kampus serta memberi pendedahan awal mengenai teknik penulisan novel/cerpen kepada para peserta.

Puan Liza Suhana turut berkongsi tips-tips untuk menjadi seorang penulis yang baik, jenis-jenis penulisan, etika penulisan dan penulisan dakwah. Sesi bengkel juga diselangi dengan beberapa soalan daripada peserta yang terlibat. Diakhir sesi, terdapat juga jualan buku-buku karya Puan Liza Suhana Ramli serta buku-buku terbitan Bonda Nor Resources.

Disediakan oleh : Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply