Bengkel Pengenalan Canva dan E-Sijil

Pada 24 Ogos 2023 (Khamis), Unit Perpustakaan dengan kerjasama Unit Pentadbiran (latihan) telah menganjurkan program Bengkel Perkongsian Maklumat : Pengenalan Canva dan E-Sijil bertempat di Makmal Komputer (MKD2) bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang. Bengkel ini dihadiri oleh 30 orang staf pentadbiran yang melibatkan semua unit di kampus.

Bengkel ini dibahagikan kepada dua slot iaitu pengenalan canva dan e-sijil. Slot pertama iaitu pengenalan mengenai Canva disampaikan oleh Cik Nurmaisari Che Anuar, pustakawan. Manakala En Faizulkarnain Mamat, pembantu pustakawan kanan menyampaikan slot kedua iaitu cara menggunakan e-sijil.

Objektif bengkel ini dilaksanakan untuk membantu staf menyediakan bahan pembelajaran yang menarik dan sesuai, sama ada dalam bentuk video, poster, lembaran kerja, animasi dan sebagainya. Selain itu, menjadikan staf lebih kreatif dalam pelbagai imej, fon, grafik video dan animasi percuma untuk pengguna.

Bengkel yang dilaksanakan selama lima jam mendapat maklumbalas yang baik dari peserta. Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus.

Penulis: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Avatar photo
Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply