Program Melintasi Batas, Menyatukan Semangat

KOTA SAMARAHAN, 21 OGOS 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan program bersama delegasi dari Universitas Muhammadiyah Pontianak, Indonesia. Program ini dinamakan Program Melintasi Batas, Menyatukan Semangat dan diadakan bertempat di PTAR Kampus Samarahan 2. Program ini adalah anjuran bersama  Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak.

Seramai 21 orang peserta dari Universitas Muhammadiyah yang terdiri daripada 13 orang mahasiswa dan 7 orang pegawai terlibat dalam program ini. Antara pengisian program yang dijalankan selama satu hari ini termasuklah Taklimat Perpustakaan yang disampaikan Pn. Nur Afeqah Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan, Program Speed Reading yang disampaikan oleh En. Dominic Inggu, Pembantu Pustakawan Kanan, Lawatan Perpustakaan dan PTAR Quest.

Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan untuk menyokong kepada pelan strategik UiTM iaitu Globally Marketable dan memberi pendedahan kepada orang ramai berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Di samping itu ia juga bertujuan untuk memberi pendekatan yang mampu menarik orang ramai untuk datang ke perpustakaan dan menjalinkan hubungan yang baik dengan orang luar dan berkepentingan (Stakeholders) serta menyasarkan peningkatan kepada PI PTAR yang ke 2 iaitu bilangan pengunjung fizakal Perpustakaan dan PI PTAR ke 4 iaitu bilangan program speed reading.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply