Taklimat Program Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (CDIM770) Mod FLP bersama wakil Pusat Pengajian Sains Maklumat

SHAH ALAM, 28 Ogos 2023 – Seramai 19 orang staf perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) terdiri daripada staf profesional dan staf sokongan telah mengikuti Taklimat Program Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (CDIM770) yang disampaikan oleh Dr. Norizan Anwar, Koordinator Pasca Siswazah. 

Taklimat yang diadakan secara dalam talian ini adalah sebahagian inisiatif PTAR ke arah ‘Pembelajaran Sepanjang Hayat’ dalam kalangan staf PTAR. Ia juga memberi pendedahan dan galakan buat staf PTAR mempertingkat pengetahuan dan kemahiran terkini yang menyumbang kepada perkembangan kerjaya. 

Avatar photo
PTAR Shah Alam

Leave a Reply