Program Read@UiTM Speed Reading

KOTA SAMARAHAN, 21 OGOS 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan Program Read@UiTM Speed Reading Bersama pelajar-pelajar dari Universitas Muhammadiyah Pontianak, bertempat di PTAR, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2. Seramai dua puluh (20) orang peserta dari Universiti tersebut hadir menyertai program ini.

Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik bacaan pantas dan meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta memupuk minat membaca. Di samping itu, program ini juga menggalakkan pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan dan mengesan kelajuan atau kepantasan bacaan peserta mengikut kadar perkataan per minit.

Penceramah untuk program ini adalah En. Dominic Bin Inggu, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply