Lawatan Dari Universitas Panca Bhakti (UPB), Pontianak Indonesia Ke Galeri Islam Nusantara

KOTA SAMARAHAN, 16 OGOS 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menerima lawatan daripada delegasi Universitas Panca Bhakti (UPB), Pontianak Indonesia ke Galeri Islam Nusantara.

Lawatan ini diadakan selepas selesai Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia dan Universitas Panca Bhakti (UPB), Pontianak Indonesia sebagai rakan institusi strategik yang akan berkuat kuasa selama 2 tahun yang telah berlangsung di PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2.

YBhg. Prof Dato Dr Hj. Jamil bin Hj. Hamali, Rektor UiTM Cawangan Sarawak dan YBhg. Dr Purwanto, SH.M. Hum, Rektor Universitas Panca Bhakti turut bersama delegasi dan rombongan ke Galeri Islam Nusantara.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply