Program Misi Akademik UiTMCT: Lawatan ke Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun

Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun, telah menerima kunjungan dua rombongan lawatan dalam usaha mengerat kerjasama dan memperkukuh jaringan komuniti sepanjang bulan Ogos 2023 ini. Lawatan ini adalah sempena dengan Program Misi Akademik UiTMCT yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik bersama para pelajar Tingkatan 5 sekolah sekitar negeri Terengganu, iaitu:-

  • 16 Ogos 2023, Rabu: SMK Banggol Kemaman, Terengganu – 42 orang pelajar bersama 2 orang guru pengiring.
  • 17 Ogos 2023, Khamis: SMK Tg.Ampuan Intan, Hulu Terengganu – 44 orang pelajar bersama 4 orang guru.

Melalui sesi lawatan ini, para pelajar telah diberikan penerangan dan pendedahan secara ringkas mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan kepada warga UiTM Cawangan Terengganu dan juga ahli luar. Delegasi lawatan juga dibawa mengikuti sesi lawatan berpandu melawat sekitar perpustakaan. Sesi lawatan ini kemudian diakhiri dengan sesi bergambar bersama pengurusan perpustakaan di perkarangan Library Community Engagement (LCE) Corner.

Semoga dengan sesi lawatan ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada para pelajar untuk menyambung pengajian di menara gading kelak.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply