Bengkel Speed Reading UiTMCT: Training of Trainers

Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah mengadakan Bengkel Speed Reading: Training of Trainers kepada  staf Unit Perkhidmatan Perpustakaan pada 15 Ogos 2023, Selasa, bertempat di Makmal Ibnu Saffar, Perpustakaan Cendekiawan. Bengkel selama dua jam ini disampaikan oleh Cik Asmahani binti Abdullah, Pustakawan Kanan, sebagai satu perkongsian dari Bengkel Speed Reading yang telah dihadiri di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam tempoh hari.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada staf Unit Perkhidmatan Perpustakaan untuk menguasai teknik bacaan pantas dan latihan asas berkaitan. Pembangunan kompetensi bacaan pantas kepada  Pembantu Pustakawan Kanan dan Pembantu Pustakwan ini akan digunakan dalam usaha membantu menyampaikan kemahiran bacaan pantas kepada warga UiTM yang terdiri daripada pelajar dan staf UiTM Cawangan Terengganu.

Semoga dengan penganjuran dan latihan yang didapati dalam bengkel ini dapat membantu para peserta bengkel dalam mengukuhkan lagi kemahiran dan seterusnya menjayakan program Speed Reading yang akan dianjurkan kepada warga UiTMCT selaras dengan keperluan universiti meningkatkan budaya membaca dalam komuniti kampus. Dengan program ini juga diharapkan dapat menyahut kempen Galakan Membaca seiring di dalam menyokong salah satu prinsip Sustainable Development Goals (SDGs) iaitu Pendidikan Berkualiti.

Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun UiTM Cawangan Terengganu

Leave a Reply