PROGRAM READ@UiTM : MOBILE LIBRARY@PST DI KOLEJ DELIMA

11 Julai 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak : Sains dan Teknologi dengan kerjasama Pengurusan Kolej Delima UiTM Shah Alam telah berjaya menganjurkan Program Mobile Library@PST 2023 dimana penganjuran program berkenaan telah diadakan di perkaranganΒ Kolej Delima Blok 3 bermula dari jam 2.00 petang sehingga Jam 4.30 petang

Program Mobile library PTAR ini telah disambut dengan sangat baik oleh warga Kolej Delima terutamanya melalui sambutan mesra Pengetua Kolej Delima, Ts. Dr. Noradzhar Baba, kakitangan Kolej Delima serta JPK Kolej Delima yang turut terlibat sama didalam usaha menarik pelajar menyertai program yang dijalankan. Penerangan kepada lebih 50 orang pengguna mengenai applikasi mobile apps PTAR telah membuka pengetahuan baru kepada pelajar mengenai gerbang ilmu PTAR yang kini boleh diakses menggunakan peranti pintar mereka

Melalui program ini, usaha bagi meningkatkan lagi budaya membaca telah berjaya disebar luas kepada golongan pelajar dan staf yang terlibat sekaligus menyokong inisiatif read@UiTM yang dipacu oleh kerajaan.

Muhammad Zaidie Bardan PST UiTM Shah Alam

Leave a Reply