Lawatan Pra Audit Engineering Technology Accreditation Council (ETAC)

KOTA SAMARAHAN , 6 JULAI 2023 – Pengajian Kejuruteraan Elektrik UiTM Cawangan Sarawak (PKE UiTMCS) telah mengadakan Mesyuarat Persediaan Lawatan Panel Mock-Audit Akreditasi Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) bagi Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) EE111/CEEE111 bertempat di UiTM Kampus Samarahan.

Bagi persedian tersebut juga satu Lawatan Mock-Audit akreditasi ETAC telah diadakan di PTAR Kampus Samarahan. Lawatan Mock-Audit akreditasi ETAC adalah di antara inisiatif yang terbaik bagi kemampanan persiapan untuk lawatan audit akreditasi ETAC yang sebenar. Ini adalah kerana para panel yang dijemput adalah berpengalaman sebagai panel audit sebenar ETAC yang telah sediakan oleh Unit Akreditasi Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK) UiTM Shah Alam.

PKE UiTM Cawangan Sarawak akan menghadapi lawatan akreditasi kali pertama oleh Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) dari Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) pada Oktober 2023. Justeru, penambahbaikan serta persediaan sedang giat dijalankan di peringkat Pengurus Utama (PU) oleh PKE UiTM Cawangan Pulau Pinang serta keterlibatan Pengurus Pelaksana (PP) PKE UiTMCS bagi memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh badan akreditasi.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply