Majlis Kemuncak Kempen Mydebit Dan Pelancaran Program Kampus Digital UiTM Cawangan Kedah

Merbok, 04 Julai 2023 – Kempen MyDebit merupakan anjuran bersama UiTM Cawangan Kedah dengan Payment Network Malaysia (PayNet) yang telah berlangsung mulai 1 Nov 2021 sehingga 30 Apr 2022. Program ini adalah bertujuan bagi menyokong transaksi tanpa tunai(cashless) di kalangan warga kampus UiTM Cawangan Kedah. Majlis penyerahan hadiah dan wang tunai kepada individu dan bahagian telah berlangsung pada 4 Julai 2023 di Dewan Perdana, UiTM cawangan Kedah. Seramai 33 individu, 2 syarikat dan 2 bahagian telah berjaya memenangi peraduan MyDebit.

Tahniah diucapkan kepada Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah yang telah berjaya memenangi hadiah utama iaitu wang tunai yang bernilai RM4,000.00 bagi peraduan MyDebit kategori bahagian. Majlis telah dirasmikan oleh Rektor UiTM Cawangan dan majlis telah diserikan dengan kehadiran Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Kedah.

Penulis : Hamidah Binti Mohd, Pem. Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply