Speed Reading Workshop@PSB

Pihak Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan kedah telah melaksanakan Program Speed Reading Workshop yang dibuka kepada para pengguna perpustakaan yang berminat. Program ini telah dijalankan pada 21-22 Jun 2023. Sebanyak 4 sesi telah berjaya dilaksanakan melibatkan 26 orang pelajar. Kesemua sesi ini telah dilaksanakan oleh Puan Atirah Ruslan, Pustakawan Kanan selaku instruktor Program Speed Reading.

Setiap sesi dijalankan selama 2 jam dimana para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan teknik bacaan pantas dan dan peluang kepada para peserta untuk mengetahui dan mempelajari teknik bacaan pantas bagi meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta  menggalakkan aktiviti pembacaan kepada warga UiTM. Perkongsian dan penerangan mengenai asas tip-tip bacaan pantas telah menarik minat daripada peserta yang hadir dengan pelbagai jenis aktiviti yang menguji tahap pembacaan pantas setiap peserta.

Sesi 1: 21 Jun 2023, 10.00 Pagi – 12.00 Tengah hari (7 orang peserta)

Sesi 2: 21 Jun 2023, 2.00 Petang – 4.00 Petang (6 orang peserta)

Sesi 3: 22 Jun 2023, 10.00 Pagi – 12.00 Tengah hari (6 orang peserta)

Sesi 4: 22 Jun 2023, 2.00 Petang – 4.00 Petang (7 orang peserta)

Disediakan oleh: Mohd Amiruddin Bin Mohd Nasir, Pustakawan Kanan

Mohd Amiruddin Mohd Nasir Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply