Collaborative Teaching – Exchange Database Skills : SCOPUS, WEB OF SCIENCE & JCR

Merbok, 21 Jun 2023 – Collaborative Teaching –  Exchange Database Skills : SCOPUS, WEB OF SCIENCE & JCR telah dilaksanakan oleh Perpustakaan Sultan Badlishah bersama Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kedah. Kerjasama ini adalah dirancang sebagai usaha mendokong aspirasi pelaksanaan penyampaian fleksibel & education 5.0 di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kedah. Satu sesi kerjasama pengajaran dan pembelajaran telah diadakan di antara Pensyarah dan Pustakawan secara bersemuka di Sudut IT, Perpustakaan Sultan Badlishah. Terdapat beberapa topik menarik yang telah dikongsikan melalui sesi kolaborasi ini yang menjurus kepada pembelajaran bermakna (meaningful learning) dan menarik, jika pelajar dapat turut mendengar kupasan idea dan diskusi daripada pakar dalam bidang berkaitan dari industri atau institusi dan organisasi luar/ antarabangsa ini.

Objektif program dalam sesi ini adalah bagi memenuhi keperluan silibus kursus IMD 236 Collaborative Teaching – database. Ianya adalah penting bagi para pelajar dalam mengenalpasti keperluan maklumat terkini di dalam menjalankan penyelidikan. Ianya menjadi pembelajaran lebih bermakna (meaningful learning) dan menarik jika pelajar dapat turut mendengar kupasan idea dan diskusi daripada pakar dalam bidang ini daripada institusi dan organisasi luar/ antarabangsa. Menjurus kepada pengetahuan maklumat yang tersedia oleh pihak perpustakaan, kolaborasi ini amat penting dalam merealisasikan aspek World Class Faculty Member iaitu mendokong aspek koloborasi pembelajaran dan penulisan akademik.

Hasil kolaborasi ini, pihak perpustakaan telah mencapai satu lagi pencapaian terhadap sumbangan World Class community Member iaitu KPI 5: Bilangan Kolaborasi Pengajaran dan Penulisan Akademik.

  1. Penyebaran maklumat serta perkhidmatan perpustakaan.
  2. Visibility Pustakawan serta sokongan keperluan maklumat melalui kolaborasi bersama fakulti.

Sesi Collaborative Teaching Bersama Fakulti Pengurusan Maklumat

Penulis : Noor Azlin Abdullah, Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply