Kempen Derma Darah

20 Jun 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dengan kerjasama Unit Kesihatan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah menganjurkan Kempen Derma Darah, Saringan Kesihatan dan Saringan Pemeriksaan Gigi pada tarikh dan ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 12 – 13 Jun 2023

Masa: 9 Pagi – 4 Petang

Lokasi: Aras 1, PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Ini juga merupakan kerjasama di antara Tabung Darah Hospital Melaka, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bulan Sabit Merah Cawangan Melaka dan Bank Muamalat Cawangan Melaka.

Kempen derma darah ini terbuka kepada semua warga UiTM Cawngan Melaka dan juga penduduk setempat yang berdekatan.

Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Abdul Azim Ab. Ghani PTAR Jasin Melaka

Leave a Reply