Apple day @ PKEJ

Lecturers Apreciation Day

Sambutan Hari Guru Sedunia mula diperkenalkan Unesco pada 1994, merupakan satu hari istimewa yang diistiharkan untuk mengenang hari para guru dan juga pendidik. Walau bagaimanapun, tarikh sambutan adalah berbeza-beza mengikut negara masing-masing dan ada juga negara yang memberikan cuti sempena sambutan istimewa ini. Sebagai contoh negara Albania hari Guru pada 7 Mac, Brazil pada 15 Oktober dan Mexico pada 1 Mei.

Pada 17 Mei 2023 bersamaan hari Rabu, bersempena bulan sambutan Hari Guru ini, Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak telah menjalankan satu aktiviti bagi kesinambungan warga pelajar memperingati sambutan hari Guru. Walaupun sinonim dengan sambutan hari Akademia yang akan berlangsung pada 5 Oktober pada setiap tahun, sambutan hari Guru / pendidik ini tetap dijalankan bagi meneruskan budaya memperingati pendidik yang telah ditanamkan dari peringkat sekolah rendah dan menengah.

PKEJ telah mempelawa para pelajar Kolej Pengajian Kejuruteraan menyertai aktiviti ini dalam bentuk serahan cenderamata kepada pensyarah.  Dengan pembelian berjumlah RM3, pelajar akan mendapat sebiji Epel Red Delicious yang dipilih khas, berbentuk hati klasik, dengan rasa yang manis, rangup dan bertaraf 5 bintang. Epel ini telah dihias cantik oleh staf PKEJ  dan disertakan sekeping kad bagi pelajar menyatakan penghargaan mereka kepada pendidik. Pelajar akan menyerahkan hadiah ini kepada pensyarah kesayangan masing-masing dan momen menarik yang berjaya dirakamkan dan dimuatnaik ke dalam media sosial akan mendapat saguhati dari pihak PKEJ

Aktiviti yang mendapat kerjasama dari Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan PERKA (Persatuan  Kejuruteraan Awam) yang bertindak selaku rakan strategik ini diharapkan dapat member impak kepada semangat, motivasi dan ekosistem warga pendidik di Kolej Pengajian Kejuruteraan. Terima Kasih Warga Pendidik!

Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply