Selamat Hari Pustakawan Malaysia!
Tema:
Masyarakat Digital Madani: Peluang Memacu Perubahan
Latarbelakang:
Malayan Library Group (MLG) telah ditubuhkan pada 25 Mac 1955 dan didaftar di Registrar of Societies, Singapore pada 6 Jun 1955. MLG telah bertukar nama beberapa kali sehinggalah penubuhan Malaysia yang membentuk PPM (Persatuan Perpustakaan Malaysia) dan LAS (Library Association of Singapore) pada 1965. Melalui persetujuan di Mesyuarat Agung Tahunan 1998, Perpustakaan ditukar kepada Pustakawan.
#malaysialibrariansday #haripustakawanmalaysia #malaysianlibrarians #6june1955 #persatuanpustakawanmalaysia
Fakta:
Berdasarkan Ringkasan Perangkaan Perpustakaan di Malaysia 2019 yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, terdapat sejumlah 1,439 orang Pustakawan yang berkhidmat di pelbagai jenis perpustakaan di Malaysia.
Perpustakaan Akademik mempunyai jumlah Pustakawan terbesar di Malaysia iaitu seramai 981 orang Pustakawan.