Lawatan Akademik Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, Jitra Ke Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Kedah

Merbok, 7 Februari 2023 – Seramai 37 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring daripada SMK Permatang Bonglai, Jitra telah terlibat di dalam lawatan akademik ke Perpustakaan Sultan Badlishah. Kunjungan lawatan akademik ini telah diberi taklimat ringkas oleh Pustakawan Kanan, Encik Mohd Amiruddin dan seterusnya telah dibawa melawat ke setiap unit yang terdapat di dalam PSB.

Lawatan tersebut bertujuan melihat suasana perpustakaan akademik dan mendapatkan maklumat berguna mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Sultan Badlishah. Semoga lawatan ini, dapat memberi gambaran kepada pelajar-pelajar mengenai susana pembelajaran di IPTA.

Penulis: Hamidah Binti Mohd, Pem. Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply