Kursus Excel 365

Kursus Excel 365 telah berlangsung pada 16 Mac 2023 (Khamis) jam 9.00 pagi bertempat di Perpustakaan Al- Bukhari. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Roslan Mamat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Kursus Excel 365 bagi rekod RQM/ RQK ini adalah merupakan Kursus pembudayaan ilmu dan perkongsian pengetahuan sistem rekod yang melibatkan semua PTJ yang telah dilantik sebagai PTRJ untuk menyertai kursus secara bersemuka.

Kursus ini juga memberi kefahaman khusus berkaitan dengan pengendalian surat masuk dan keluar yang direkodkan ke dalam sistem Excel 365.

OBJEKTIF PROGRAM

1.Memberi kefahaman dan kesedaran tentang pentingnya amalan pengurusan rekod yang baik.

2.Meningkatkan kecekapan dalam penggunaan serta pengendalian fail dan rekod.

3.Menguruskan rekod-rekod yang tidak aktif bagi tujuan pelupusan fail dan rekod serta pemindahan rekod bernilai ke Arkib Negara/ Unit Arkib Cawangan.

4.Memberi kehafaman tanggungjawab tugas yang di lantik sebagai PRJ/ PTRJ bagi penggunaan Excel 365.

Gambar Kursus Excel 365
Gambar Peserta Kursus Excel 365
Gambar Kursus Excel 365
Gambar Peserta Kursus Excel 365
Gambar Peserta Kursus Excel 365

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Avatar photo
Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply