‘Library Outreach’ Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Tengku Anis ke Pejabat Bendahari

Unit Arkib Cawangan (UAC) Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan telah membuat kunjungan hormat Library Outreach ke Pejabat Bendahari UiTMCK Kampus Machang pada 12 Jun 2023.

Tujuan library outreach ini adalah bagi berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan khususnya di Unit Arkib Cawangan (UAC) yang telah diberi penerangan oleh Encik Mohd Waqiyuddin Mohd Dzulkifly (Pembantu Pustakawan Kanan) dan Encik Muhamad Nazari Muhamad Nor (Pembantu Pustakawan Kanan). Khidmat nasihat dan tunjuk ajar mengenai pengasingan serta pelupusan rekod juga diberikan semasa aktiviti ini dijalankan.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTMCK Kampus Machang

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply