Program PTAR Attack (Read@UiTM) : Mobile Library

KOTA SAMARAHAN, 24 MEI 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Program PTAR Attack : Mobile Library bertempat di perkarangan luar PTAR Kampus Samarahan 2 bermula jam dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Program PTAR Attack ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada pengguna berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan, penggunaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan terkini di PTAR UiTM Cawangan Sarawak. Penerangan kepada pengguna mengenai applikasi mobile apps PTAR telah membuka pengetahuan baru kepada pelajar mengenai gerbang ilmu PTAR yang kini boleh diakses menggunakan peranti pintar mereka.

Melalui program ini, usaha bagi meningkatkan lagi budaya membaca telah berjaya disebar luas kepada golongan pelajar dan staf yang terlibat sekaligus menyokong inisiatif read@UiTM yang dipacu oleh kerajaan. Disamping itu, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara PTAR UITM Cawangan Sarawak dengan orang luar dan pihak berkepentingan (Stakeholders) serta menyokong kepada pelan strategik UiTM iaitu Globally Marketable.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply