Read@UiTM: Bicara Buku : Suurah Tabaarak Pencegah Seksaan Kubur

Pada 30 Mei 2023 (Selasa), Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah menganjurkan Read@UiTM mengenai Bicara Buku yang bertajuk Suurah Tabaarak Pencegah Seksaan Kubur. Bicara buku ini disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar yang merupakan Pensyarah Kanan, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu. Program ini dijalankan secara bersemuka di Ruang Terbuka Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu dan atas talian melalui Facebook perpustakaan.

Bicara Buku ini merupakan satu inisiatif kepada warga UiTM dalam memberi perkongsian secara lisan dan bersemuka. Ini juga dapat menggalakkan warga UiTM dalam menerapkan jiwa untuk membaca buku dan berkongsi pendapat mengenai buku tersebut. Dengan adanya, perkongsian ini, ia dapat mengeratkan ukhwah antara warga UiTM tak kira pangkat atau bangsa.

Program Bicara Buku yang dilaksanakan selama sejam mendapat maklumbalas yang baik dari peserta secara fizikal mahupun maya. Program ini akan dijalankan secara berterusan dalam bagi memberi dorongan kepada diri sendiri dan orang sekelilingi mengenai kempen Galakan Membaca di kalangan warga Universiti.

Program ini juga dapat menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua warga UiTM.

Penonton boleh menonton semula rakaman program tersebut menerusi saluran Facebook Perpustakaan Cendekiawan Kuala Terengganu.

Penulis: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply