Hari Jualan: Young Entrepreneur @ PTAR 2023

Khamis, 8 Jun 2023: Telah berlangsung program Young Entrepreneur @ PTAR, sebuah program berbentuk hari jualan yang mengasah bakat keusahawanan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi khususnya di UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.

Program anjuran PTAR Kampus Rembau merupakan kali kedua dilaksanakan dan ia dilihat mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada peniaga dan pengunjung yang hadir. Pelbagai booth jualan dibuka semasa program termasuk makanan, barangan aksesori dan pakaian pre-loved yang disertai sama ada persendirian atau kelab dan persatuan pelajar UiTM Kampus Rembau.

Hari jualan tersebut berlangsung bermula 9.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang. Program ditutup dengan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan ulasan buku program Read@UiTM Blind Date with Mr. and Mrs. Book serta penyampaian hadiah cenderahati kepada pemenang bagi kategori ‘Booth Paling Cantik’, ‘Booth Paling Havoc’ dan ‘Booth Sales Kencang’ yang disampaikan oleh Encik Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau.

Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM CNS Kampus Rembau selaku penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply