Library Outreach dan Kunjungan Hormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kelantan Sesi 2022/2023 ke Perpustakaan Tengku Anis

5 April 2023, Rabu – Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah menerima kunjungan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kelantan bagi sesi 2022/2023. Seramai 7 orang wakil daripada MPP hadir bagi kunjungan dan PTA juga melakukan library outreach bersama mereka bertempat di Bilik Seminar PTA.

Tujuan library outreach dan kunjungan hormat ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan di PTA serta turut membincangkan beberapa program yang akan dijalankan bersama selepas ini agar keharmonian PTA tetap terjaga serta bagaimana cara untuk memupuk rasa cinta dalam kalangan mahasiswa terhadap ilmu.

Taklimat mengenai perpustakaan telah disampaikan oleh Puan Norfitriah Mat Seman (Pustakawan Kanan), Puan Nordelina Zulkarnain (Pustakawan Kanan) dan juga Dr. Muslim Ismail@Ahmad (Pustakawan Kanan). Timbalan Ketua Pustakawan PTA iaitu Puan Alina Hussein juga turut sertai bagi library outreach ini.

Disediakan oleh: Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan

Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan Kampus Machang

Leave a Reply