Bacaan yasin dan tahlil sempena menyambut bulan Ramadan 1444H

Shah Alam, 28 Mac 2023 – Ketua Pustakawan UiTM Encik Jamalludin Hj. Sulaiman bersama-sama 50 orang staf PTAR telah menghadiri majlis bacaan yasin dan tahlil sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan 1444H. 

Majlis yang diadakan di bilik Seminar, PTAR turut dihadiri pengurusan eksekutif PTAR iaitu Puan Hani Liza Norfin, Puan Aznur Umiza Abu Kassim dan Encik Ahmad Amiri Mohamad.

Dalam majlis yang sama, para hadirin turut mendoakan kesejahteraan buat pengurusan tertinggi UiTM keseluruhannya.

Bacaan yasin dan tahlil telah dipimpin oleh Pembantu Pemuliharaan PTAR Encik Mohd Suhaimi bin Azman.

Majlis ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tazkirah, PTAR.

Ketua Pustakawan UiTM Encik Jamalludin Hj. Sulaiman (baju biru)
Puan Hani Liza Norfin (tiga dari kanan) dan Puan Aznur Umiza Abu Kassim (lima dari kanan)
Encik Mohd Suhaimi bin Azman (baju merah).
Avatar photo
Asmah binti Sabtu PTAR 1 Shah Alam

Leave a Reply