Kursus Pengurusan Rekod UiTM Cawangan Pulau Pinang

Unit Arkib PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod pada 15 dan 16 Mac 2023. Kursus yang diadakan di ruang Library Community Engagement, PTAR UiTMCPP ini dihadiri oleh 60 orang Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) yang telah dilantik untuk menguruskan rekod di bahagian masing-masing sama ada di Kampus Permatang Pauh mahupun di Kampus Bertam.

Sepanjang kursus ini berlangsung, ianya telah dikendalikan oleh Encik Nazrim Syah Nazeri, Penolong Pengarah 2, Arkib Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang. Antara objektif kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada PRJ dan PTRJ mengenai konsep dan perundangan pengurusan rekod mengikut Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]. Selain itu, kursus ini diharapkan dapat membantu mereka melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Para peserta juga telah dibahagikan kepada 4 kumpulan bagi mengaplikasikan proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia dengan bantuan Encik Nazrim Syah serta Puan Farleen Azrina Zamberi selaku pegawai Arkib UiTMCPP.

Di harap kursus yang telah dijalankan ini dapat memberi gambaran dan maklumat yang lebih jelas kepada PRJ dan PTRJ yang terlibat untuk memastikan proses pengurusan rekod dapat dijalankan dengan cekap dan teratur.

Disediakan oleh : Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply