Bengkel Pengurusan Dokumen Kualiti PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 13 dan 14 Mac 2023, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah mengadakan Bengkel Pengurusan Dokumen Kualiti yang dihadiri oleh pegawai dan staf pelaksana PTAR UiTMCPP. Bengkel ini telah diadakan selama dua hari bertempat di Pusat IT, PTAR UiTMCPP.

Bengkel yang dikendalikan oleh Cik Nor Azilawati Mohamad Azmi, Pustakawan Kanan PTAR UiTMCPP ini bertujuan untuk menyediakan dokumen polisi dan arahan kerja perpustakaan bagi memenuhi keperluan piawaian ISO 9001: 2015. Selain itu, ia juga bertujuan memberi kefahaman kepada warga PTAR UiTMCPP dengan gerakan kualiti di PTAR.

Disediakan oleh : Puan Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply