Program Outreach ke pejabat Penolong Rektor UiTM Cawangan Perak

8 Mac 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Perak Kampus Tapah telah menjalankan Program “Library Outreach” serta kunjungan hormat ke pejabat Penolong Rektor UiTM Cawangan Perak yang baharu, iaitu Dr. Ahmad Zoolhelmi Bin Alias.

Program “Library Outreach” dan kunjugan hormat ini telah dilaksanakan oleh Pustakawan Kanan, Puan Nur Aida Binti Rousli dan Pustakawan, Encik Aizu Hakimi Bin Mohd Adnan. Pelbagai maklumat yang terkini mengenai perkhidmatan yang telah disampaikan antaranya, MobileApp@PTAR, Instituitional Repository, My Knowledge Management (MyKM), Kelas Kemahiran Maklumat (KKM), dan Quillbot Premium.

Hasil kunjungan ini memberikan isyarat yang positif kepada pihak perpustakaan serta pihak akademik dalam mencari solusi yang berkesan untuk meningkatkan lagi kadar penggunaan bahan di kalangan para pelajar terutamanya, bahan sumber bercetak dan bahan Pengkalan Data Atas Talian (PDAT).

Diharapkan program “Library Outreach” seperti ini dapat dilakukan lagi pada masa akan datang bagi bertujuan untuk meningkatkan aksesbiliti serta mempromosikan perpustakaan kepada pengguna agar tidak ketinggalan daripada menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang sedia ada atau yang baharu. Melihat daripada sudut pandangan perpustakaan akademik, pihak universiti seharusnya mengambil peluang ini untuk memberikan perhatian dan menyokong sepenuhnya dasar-dasar yang dibawakan oleh pihak perpustakaan agar matlamat untuk menjadikan perpustakaan sebagai sumber rujukan utama universiti akan tercapai.

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply