Tanggal 10 Mac 2023, Perpustakaan Tun Abdul Razak(PTAR) UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub telah mengadakan Bengkel Refreshment Skill dengan tujuan untuk mengasah dan memperkemaskan semula kemahiran yang diperlukan dalam menjalankan tugasan harian.
Bengkel ini merupakan bengkel wajib bagi semua pembantu pustakawan perpustakaan yang terdiri daripada lima orang kesemuanya. Di antara pengisian dalam bengkel tersebut adalah Speed Reading Skill; pengenalan, penambahbaikan dan penaiktarafan khidmat pelanggan juga pengkemasan bagi kemahiran katalog buku iaitu Resource Description and Access(RDA).
Melalui sesi ini, para staf perpustakaan dapat mengenali serba sedikit apa itu ‘Speed Reading’ sekaligus mengasah kemahiran dalam membaca dan mengeluarkan maklumat penting daripada teks yang diberikan dalam masa yang singkat. Mereka juga berpeluang untuk mengenali skop asas dalam perkhidmatan pelanggan dari segi membuat pengumuman dan pembayaran tanpa tunai di antaranya. – Afdhal Irshaad bin Shamshul Kamal (Pembantu Pustakawan)