Let’s Make Learning Fun!@PAB

Program Let’s Make Learning FUN! @PAB bersama Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia Temerloh merupakan satu inisiatif yang dijalankan seiring Sustainable Development Goals SDG 4: Quality Education dan PI9 : Bilangan Penjanaan Pendapatan Perpustakaan UiTM ini telah berlangsung pada 16 Februari 2023 yang melibatkan semua staf Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Slot pertama disampaikan oleh Encik Mohammad Naim bin Hj Jamaludin, Pegawai Psikologi Kanan Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang. Ceramah motivasi bertajuk “Kenali Diri” ini bertujuan untuk mengenali potensi diri pelajar dan seterusnya bagi meningkatkan keyakinan diri para pelajar.

Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar sekolah mengenai suasana belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di samping sebagai satu usaha untuk membuka minda dan memberi inspirasi kepada para pelajar sekolah untuk meneroka masa depan yang lebih menarik. Slot seterusnya dikendalikan sepenuhnya oleh staf Perpustakaan Al-Bukhari dimana aktiviti Exploread telah dijalankan di dalam sekitar bangunan perpustakaan.

Program seiring SDG 17: Partnerships for the Goals ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara pihak sekolah dan Perpustakaan Al-Bukhari. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia Temerloh yang telah memilih Perpustakaan Al-Bukhari sebagai salah satu tempat untuk merealisasikan objektif utama pihak sekolah. Diharapkan program yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar dalam usaha untuk lebih bersedia di masa akan datang. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan bagi menyokong serta melahirkan pelajar yang cemerlang dari pelbagai aspek kehidupan.

Selain itu, satu jalinan kerjasama strategik termeterai antara Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia Temerloh dengan pihak UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka. Jalinan ini bertujuan merapatkan lagi hubungan dua pihak melalui aktiviti dan program yang bakal dijalankan di masa akan datang seterusnya membantu dalam membangunkan potensi

kecemerlangan pelajar.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply