Program Outreach: Taklimat Pengurusan Rekod Universiti Bersama Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

8 Mac 2023, Rabu – Unit Arkib Cawangan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah dijemput untuk menjadi penceramah bagi Program Outreach: Taklimat Pengurusan Rekod Universiti Bersama Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin pada ketetapan berikut:

Tarikh : 8 Mac 2023 | Rabu
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Pejabat Polis Bantuan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin

Taklimat ini telah disampaikan oleh panel penceramah Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustkawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah. Taklimat ini telah disertai oleh 5 orang dari Pejabat Polis Bantuan UiTM Cawangan Melaka daripada ketiga -tiga Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin. Taklimat ini telah dikendalikan secara bersemuka selama 4 jam dan telah dibantu oleh Pembantu Pustakawan Puan Noorhafizah binti Azaman.

Objektif penganjuran taklimat adalah untuk:

  1. Mengetahui asas pengurusan fail dan rekod secara teori.
  2. Memberi kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod.
  3. Memberi kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629].
  4. Menambah kefahaman tentang peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod.
  5. Melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
  6. Mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Semoga taklimat ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama PTJ di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Pautan TikTok Sekitar Program Outreach: https://vt.tiktok.com/ZS8QWwtST/

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply