Kunjungan Hormat PTAR ke Pejabat Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Cawangan Pulau Pinang

Pada 10 Februari 2023, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIM&A), Prof. Madya Ts. Dr. Kay Dora Abd Ghani. Program ini telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Pustakawan, pegawai-pegawai PTAR UiTMCPP, Timbalan Rektor PJIM&A serta beberapa orang koordinator dan penyelaras di bahagian PJIM&A.

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan terkini Perpustakaan Tun Abdul Razak kepada warga PJIM&A di samping menjalinkan hubungan baik antara kedua-dua belah pihak supaya pelbagai program dapat dijalankan dengan kerjasama dan penglibatan bersama.

Sepanjang program berlangsung, beberapa taklimat ringkas telah disampaikan antaranya mengenai perkhidmatan Mobile Apps dan MyKM, perkhidmatan penyelidikan, pembelajaran dan rujukan, penyerahan harta intelek universiti serta penyerahan rekod penting universiti. Di akhir pertemuan turut dibincangkan bersama mengenai program-program kolaborasi yang dapat menyumbang ke arah aspirasi UiTM-Globally Marketable 2023.

Disediakan oleh : Puan Rafidah Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply