Sukan Antara Staf Penang (SASPEN) 2023

Sukan Antara Staf Penang (SASPEN) 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 7 -20 Februari 2023 anjuran Unit Sukan UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Aktiviti sukan staf ini diadakan untuk menceriakan kampus dengan mempelbagaikan aktiviti kecergasan dan kesihatan serta memeriahkan program “sporting campus” bagi tahun 2023. Selain itu juga, sukan ini merupakan medium dalam pemilihan atlet ke Kejohanan KARiSTA 2023 di UiTM Cawangan Pahang.

Sepanjang sukan ini berlangsung, staf-staf UiTMCPP daripada pelbagai bahagian dan fakulti telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. PTAR UiTMCPP telah menghantar 7 orang staf bagi mewakili kumpulan merah dalam 5 acara yang dipertandingkan iaitu petanque berpasukan, dart berpasukan, bola jaring, bola tampar dan karom berpasukan serta berjaya menjadi johan dalam acara petanque berpasukan dan dart berpasukan.

Semoga acara seperti ini dapat diadakan setiap tahun bagi memupuk semangat berpasukan dan kesukanan dalam kalangan warga UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Disediakan oleh : Rafidah binti Muhamad Sam, Pembantu Pustakawan Kanan

Avatar photo
PTAR Kampus Permatang Pauh

Leave a Reply