Santai Warga OKU Bersama Dr. Leen Mafea

7 Januari 2023, 8.30am – 1pm – Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Bandaraya Melaka akan menganjurkan program `Santai Warga OKU bersama Dr. Leen Mafea’ sempena Bulan OKU UiTM, bertempat di PTAR Aras 12, Kampus Bandaraya Melaka. Aktiviti dijalankan adalah berbentuk melukis kartun dan hadiah telah diberikan kepada pelukis-pelukis yang berjaya menarik hati juri. Tempat terhad kepada 50 peserta sahaja.

Suatu ketika dahulu, Leen Mafia (kini Leen Mafea) adalah satu-satunya kartunis wanita yang berkarya dimajalah humor, Ujang. Pun begitu, tidak sedikit pun beliau berasa kekok ataupun terasing bekerja di kalangan kartunis lelaki kerana keinginan untuk menggalas cabaran kerjaya sebagai kartunis mengatasi segala-galanya.

disediakan oleh : Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply