PAMERAN PTAR DIGITAL

3 – 5 Januari 2023, 8.00 pagi – 4.30 petang – PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka mengadakan Pameran PTAR Digital sempena Karnival Keusahawanan MASMED 2023. Karnival ini adalah hasil kerjasama antara PTAR KBM dan MASMED. Karnival ini juga disertai oleh Bank Rakyat yang turut membuka reruai yang mempromosi produk mereka. Karnival ini diadakan di PTAR aras 1 KBM dan di perkarangan ruang parkir KBM. Pengunjung berpeluang mengetahui pelbagai perkhidmatan digital yang disediakan oleh PTAR UiTM. Pengunjung juga turut mendaftar masuk ke Aplikasi PTAR secara percuma dan mengunjungi pelbagai pameran di PTAR UiTM KBM.

disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply