Pertandingan Idea Unggul

Pada 28 Disember 2022 yang lalu, Kumpulan IQRAv2 daripada Perpustakaan Al-Bukhari telah dinobatkan sebagai NAIB JOHAN bagi Pertandingan Ideal Unggul Khazanah Alam 2022 UiTM Cawangan Pahang yang telah berlangsung pada 23 November 2022 yang lalu. Kumpulan IQRAv2 juga telah memenangi NAIB JOHAN bagi kategori Poster OE serta mendapat Anugerah EMAS.

Bagi kategori persembahan pula En. Ahmad Fadhil MohAmmad Yusof telah terpilih sebagai pembentang LELAKI TERBAIK.

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk memupuk dan menghasilkan idea-idea baru yang memberi impak yang sangat positif kepada pihak Universiti. Kumpalan IQRAv2 telah menghasilkan tempat untuk penghantaran surat khabar yang lebih menjamin keselamatan, memudahkan pihak penghantar serta memudahkan proses merekod penghantaran menggunakan google form.

Daripada penghasilan ini dapat menjimatkan kos serta tenaga staf yang ditugaskan untuk proses urusan penerimaan dan pengambilan surat khabar.

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply