Lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar Jerantut Pahang

Pada 19 Oktober 2022 pihak Perpustakaan Al-Bukhari telah menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar. Lawatan melibatkan seramai 40 orang pelajar tingkatan 5 dan 4 orang guru pengiring.

Pihak perpustakaan berpeluang untuk berkongsi maklumat berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan serta memberi tunjuk ajar cara pencarian maklumat yang efektif dan berkualiti daripada sumber yang sahih seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) 4: Quality Education.

Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Cik Muniratul Husna Mohamad Zaki, Pustakawan dan Encik Ahmad Fadhil Mohamad Yusof, Pembantu Pustakawan Kanan dari Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.

Semoga semua pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang disampaikan dengan sebaik mungkin.

Selamat Maju Jaya!

Gambar sekitar lawatan
Gambar sekitar lawatan
Gambar sekitar lawatan

Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan

Avatar photo
Perpustakaan Al-Bukhari UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka

Leave a Reply